Friday, October 15, 2010

ReUnion Raya~

Assalamualaikum~

Baru mo update pasal reunion raya tahun ni.
macam biasa la.m*l*s punya pasal.hoho.

seperti tahun2 sebelum ni. sejak tahun 2001 lagi.
tiap tahun bebudak kelas 4/5 Yakin ataupun bebudak SMK Tawau SPM batch 2001 akan buat reunion sekaligus beraya. tp skrg ni cam jd trend pula org buat reunion di hotel-hotel.
kami buat simple jak pun.bukan juga berReunion sangat.dan bukan juga beraya sangat.
maka. jadi la reUnion Raya.ekekeke.

seperti biasa, starting point kami mesti la di umah en.Wawie. kali ni aku datang lambat juga.huhu.ada hal nda dapat dielakkan. maka, untuk mengelakkan aku kena sindir-sindir, maka aku bawa c Nuha. =)
bagus juga budak ni di bawa.belum pandai cakap lagi kan.
makan jak dia mo.

ok.ahli reunion tahun ni cuma ada aku, wawie, ardy, romey n yan.5 org ja kesian.huhu.

Aksi-aksi c Nuha


Dari umah Wawie, kami gerak ke Taman Semarak.umah c Budin. kena jemput p sana. ada ka patut mamak c budin ingt c nuha tu anak ku.wakakaka.adei. jatuh saham i makcik.=p
ops! lupa mo bgtau.di umah wawie makan nasi tomato, ayam goreng mayonis, dan banyak lagi.
di umah c Budin pula makan nasi putih, sayur campur dan ikan besar.punya best!
ada pencuci mulut lagi.
kenyang betul sudah masa ni.alhamdulillah.

Sebelum dan selepas

Lepas dari Taman Semarak, kami teruskan perjalanan ke Taman Tulip pula.
Chemi sudah menanti dengan makanan yang best juga.
makan lagi la nampaknya. =)

Lepas tu, kami p Tg.Batu pulak.umah cik Rina. minum air twister .nyaman!

Pastu kami p Univilla pulak.umah c Erwan.

Kami solat maghrib di Masjid Tg.Batu. lepas tu sambung beraya lagi di dekat-dekat situ juga.umah kawan Romey dan Cik Rina.
cerita punya cerita, rupanya dia ni kawan kepada kawan-kawan aku di kolej.

ish.nda tesusun ni gambar.hahahaha



Lepas dari umah kawan dorg, kami p mengacau penganten baru.cik Asni.eh.silap.Puan Asni.
dia nikah siang tu.tp kami nda la pegi masa dia nikah.
ingatkan mo p masa dia sanding, tp kesian pula c yan. dia nda dapat pegi nnt Asni sanding.
jd, kami p ja la umah Asni.beraya kunun.hihi.

masa ni la gilak-gilak ja keja kami.
mentang-mentang ada pelamin. semua mo amek berkat.hihi.
Aksi-aksi 18PL
Sesi amek berkat~



Giliran siapa lepas ni?

Ni la umah terakhir kami beraya. happening betul tahun ni.walaupun ak jadi mangsa buli, ak redha.hohoho.
bukan buli pun.biasa la dorg ni.
mentang-mentang la aku ja bunga di situ.hohohoho.

lepas dari umah Asni, ak pun antar la dorg ni balek.
terima kasih Puteh atas kerjasama anda.
:)

reunion raya tahun ni sangat best.
hopefully tahun depan bole cam ni lagi.

No comments: