Monday, July 13, 2009

dengarlah wahai wanita akhir zaman~~

"Lelaki bagi perempuan adalah tempat untuk bernaung. Tempat utk berteduh dari segala kejahatan dunia. dan untuk pilih tmpt perteduhan itu, kita tak perlu memilih hanya pokok yang berwarna warni. tak hanya perlu pilih pokok yang berbunga atau berbuah lebat. kita perlukan pokok yang kuat dan rendang. kekuatan dari sudut keimanan dan rendang dari sudut kemuliaan akhlak. kalau diperhatikan, semua pokok yang cantik, yg mengeluarkan bunga yg cantik, tak mampu dijadikan tmpt berteduh. hanya utk hiasan semata. suami bukan hanya utk hiasan mata semata. tapi suami adalah tmpt kita mengisi hati dgn cinta. itulah rasa tenteram. dan jgn dikesali andai kita terlepas dr pokok yg berbunga indah itu. kerana itu menunjukkan Allah akan membawa kita bertemu dengan pokok yang lebih rendang.


"Kita perempuan. pandang ke langit yang luas..seluas itu la hasrat kita pada kehidupan ini. terlalu banyak. tapi, jgn pernah ingkari diri kita perempuan. ada kecacatan dan kelembutan. ada kelemahan dalam ketabahan. kita lah itu. cuma, sebagai perempuan muslim, yg membezakan kita dgn perempuan lain ialah bukan pd nafsunya. fitrah perempuan sama. tak kira bangsa, tak kira agama. yang istimewanya kita ialah, kita adalah perempuan yang bernaung di bawah agama yang memuliakan fitrah. bukan yg menyongsangkan ataupun yg membunuh fitrah itu. cuma, untuk mendapatkan kemuliaan itu, kita perlu berkorban. dan kesabaran kita dlm menanti itu adalah kemuliaan juga.kemuliaan yg org lain tak mampu lihat dgn mata kasar. kita yang merasa dan ALLAH yang akan membalasnya."


"Bahagia itu rumahnya dalam hati kita. Apa yang Allah bg, itulah utk kita. klu tidak ada, biarlah kita reda. mungkin ada yg lain da Dia sediakan untuk kita"


" samada lelaki atau perempuan, semuanya penuh kepuraan. Apa kau ingat kita ni dah cukup baik untuk mengatakan semua lelaki tak baik? kebaikan itu bukan hanya perlu kita cari dalam diri orang lain. ia harus kita bentuk dalam diri kita sendiri. Aku kira tak mudah menjadi manusia yang betul2 baik di akhir zaman ini.Apalg untuk menjadi seorang perempuan yang baik. tak mudah menjadi perempuan akhir zaman yang beriman. tak semudah yang difikirkan akal juga tak semudah yang diharapkan jiwa. kita sebagai perempuan akhir zaman perlu menjaga maruah diri, seperti menjaga duri di hati. tersalah meletakkannya pd tempt yg tak patut, ia akan menikam diri kita sendiri. dek kerana ramai perempuan yg rosak jiwanya itu lah maka ramai lelaki menjadi rosak jiwanya."



ZAINAB - Mencari Cinta

No comments: