Saturday, December 20, 2008

Titian Kasih Sesuci Iman

Jangankan lelaki biasa
Nabi pun rasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang lurus..

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH S.W.T
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH,
Didiklah mereka dengan panduanNYA
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nanti mereka akan liat..
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan derita…

Kenalkan mereka dengan ALLAH, zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca,kuatkanlah dengan Iman..
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia, kerana daripada situlah nantinya..
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan..

Tuhan..bisikkanlah ke telinga mereka bahawa……
kelembutan bukan suatu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan..
Sebaliknya,di situ la kasih dan sayang Tuhan..
Jinakkanlah diri kepada ALLAH
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawa pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri yang semulia Fatimah Az-Zahra
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallauwajhah....

Seandainya kamu dapati dirimu
Menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu..
Janganlah merasa tersisih
Tiada salahnya menyintai seseorang
Kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang…

Sekiranya dirimu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
Anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu….
Tetapi kembalikan pengormatan itu dengan cara ikhlas dan jujur
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan

Bagaimana kamu menyusuri cinta, begitulah kamu menyusuri dirimu,
Dan setiap hati dan perasaan, mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa,
Sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza..

Sekiranya kita bercinta, dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita,
Dan tiba-tiba, cinta itu memilih untuk pergi….
Tiada siapa harus dipersalahkan, relakan cinta itu pergi…
Kerana setiap yang berlaku, ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari..apabila masa silih berganti…

Ingatlah jangan terlalu memilih cinta,
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa..
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu, dengan segala misteri di dalamnya,
Apabila ia datang mengetuk pintu hatimu..
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskanlah ia…


Cinta tidak semestinya mambawa kebahagiaan dan keindahan..
Cinta juga adalahpemusnah dan boleh membawa kepada kekecewaan yang panjang..
Oleh itu, berhati-hati lah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang…

Cinta itu satu seksaan jika tiada kepastian,
Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian,
Gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur bersalah
Atau hanya bertepuk sebelah tangan

Apa jua keputusan yang bakal diterima. . . . . .
Tabahkanlah hatimu selalu kerana tidak semua impian
Dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tidak semestinya diakhiri dengan perkahwinan . . . .
Perkahwinan tanpa cinta tidak semestinya gagal,
Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah,
Adalah segala-galanya. . . . .


IKHLAS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

No comments: