PANDUAN
PENANAMAN CENDAWAN
1.0 PENGENALAN
Pasti
ramai di luar sana yang suka makan makanan berasaskan cendawan tetapi masih
belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan
ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan
turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh
meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk
tujuan perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula
dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang
membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan
badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada
juga cendawan yang beracun.
Cendawan
adalah satu tanaman istimewa yang tidak melakukan proses fotosintesis untuk
mendapatkan makanan. Cendawan mendapatkan sumber makanannya daripada
bahan organik yang kompleks melalui tisu tumbuhan dan binatang yang hidup atau
mati. Cendawan tergolong dalam keluarga kulat ataupun fungus. Cendawan
mengandungi zat makanan dan vitamin yang tinggi berbanding sayur-sayuran yang
lain. Pada masa kini, tanaman cendawan mendapat sambutan yang hangat disebabkan
proses penanamannya yang mudah, murah dan boleh diperolehi dalam jangkamasa
yang pendek. Diantara cendawan yang terkenal ialah cendawan
tiram (Pleurotus sajorcaju), cendawan butang (Agaricus Specisis), cendawan shiitake (Letinus edodes ), cendawan jerami (Rolrariella Rolraceae), cendawan telinga kera (Auricularia Polytricha), cendawan abalone (Pleurotus Cystdiosus) dan cendawan Ling Tze (Ganoderma Lucidum)
2.0 PENGURUSAN
2.1 Pembinaan Rumah Cendawan
Langkah pertama untuk
penanaman cendawan adalah dengan menyediakan rumah cendawan. Rumah cendawan merupakan
sebuah tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan. Ukuran
standard bagi rumah cendawan adalah 20' x 50'. Bumbung bangsal cendawan dan
dindingnya diperbuat daripada
daun nipah. Ini adalah disebabkan
untuk mengekalkan suhu yang rendah supaya sesuai untuk pertumbuhan cendawan.
Jaring dipasang di dinding untuk mengelakkan serangan perosak. Kawasan rumah
cendawan dibahagikan kepada ruang penyediaan, ruang pengukusan, bilik suntik,
bilik pemeraman dan ruang pengeluaran hasil.
Rumah cendawan
2.2 Penyediaan
Beg Cendawan
Proses memasang tutup cendawan
Beg cendawan yang siap
2.3 Pengukusan Beg Cendawan
Selepas
penyediaan beg cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala
organisma yang terdapat didalam habuk kayu dan juga bertujuan untuk mengelakkan
pencemaran. Beg cendawan perlu dikukus selama 5 – 6 jam
di dalam tong dram. Tong dram perlu diletakkan lapik setinggi 12cm dan isikan
air sama paras dengan tinggi pelapik. Beg cendawan yang telah dikukus
disejukkan selama 2 malam.
2.4 Pemilihan Benih
Cendawan
2.5 Penyuntikan Benih
Selepas
pengukusan beg cendawan dan pemilihan benih telah dilakukan, kerja yang mesti
dijalankan ialah penyuntikan benih di dalam bilik khas. Prosedur penyuntikan benih adalah dengan
melayurkan pencungkil besi di atas api untuk membunuh semua organisma yang
boleh menyebabkan pencemaran.
Benih cendawan dihancurkan dengan pencungkil yang telah dilayur tadi. Selepas
itu, anggaran satu sudu besar benih cendawan dimasukkan ke dalam beg. Penutup
beg cendawan dilayurkan dan tarikh penyuntikan benih dicatatkan. Beg cendawan
dieramkan selama 30-35 hari sehingga miselium cendawan memenuhi beg.
Cendawan yang telah berkembang dipungut
sebelum bahagian tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah. Kemudian, tutup
kembali mulut beg cendawan dan rehatkan beg tersebut selama 7-10 hari sebelum
dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.
Kutipan hasil pertama
cendawan ialah antara 40-60 hari selepas menyuntik benih. Kutipan berikutnya
pula adalah selepas 10-14 hari beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh
mencapai jumlah sebanyak 60-80 g/beg dan satu beg cendawan boleh memberikan 5-6
kali kutipan hasil untuk selama 3-4 bulan. Cendawan yang telah dipetik boleh
disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5-10 C selama 2 hingga 3 hari.
3.0 PENYAKIT DAN PEROSAK
Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan
ialah tikus, lalat (Drosophila), lipas, hama dan nematod. Kulat-kulat yang biasa menyerang substrat
ialah Penicillium, Aspergillus dan Trichoderma. Untuk mengawal musuh dan
penyakit, rumah cendawan dan rak-rak hendaklah dibersihkan dan dirawat menggunakan
bahan kimia seperti Dettol dan Lysol. Pembersihan hendaklah dilakukan selepas setiap
kali musim penanaman.
4.0 PEMASARAN
Pemasaran adalah faktor yang paling
mustahak diambil kira dalam perusahaan cendawan...Kunci utama kepada bisnes cendawan yang berjaya
ialah dengan mendapatkan pembeli yang tetap / terjamin dan pengusaha berupaya
menghasilkan pengeluaran cendawan yang tetap. Biasanya cendawan segar dibungkus
dan dijual dalam paket 100g.
5.0 KESIMPULAN
Industri
cendawan adalah salah satu cabang bidang pertanian yang diberi penekanan oleh
kerajaan. Matlamat dan objektif kerajaan dalam menjadikan Industri cendawan ini
adalah perniagaan sangat menggalakkan sehingga ramai yang sanggup berusaha
keras dalam menghadapi cabaran tersebut.
Diharap
panduan ini akan menjadi maklumat tambahan atau rujukan kepada masyarakat.
Selain itu diharapkan panduan ini dapat membantu masyarakat yang ingin
menjadikan pertanian sebagai perniagaan dan memilih tanaman cendawan sebagai
bidang usaha.