Thursday, June 26, 2008

..DipLoma Pendidikan Lepasan Ijazah..

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah(DPLI) adalah program yang sedang saya ikuti buat masa ini..Program ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) dengan kerjasama institut pengajian tinggi (IPT) yang terpilih..Program ini merupakan satu program pra-perkhidmatan untuk menyediakan pelajar yang terpilih sebelum menjadi seorang pendidik yang sebenar.

Program ini selalu disamakan dengan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI). KPLI dan DPLI ada SAMA pada zahirnya..kedua-duanya merupakan program untuk menyediakan bakal2 guru..tetapi terdapat banyak perbezaan antara keduanya..
KPLI - kursus selama setahun
- Selepas tamat kursus, berpeluang mengajar di SEKOLAH RENDAH
- di taja oleh KPM
- belajar di Institut Perguruan / Maktab

DPLI - kursus selama 10 bulan..(2 semester berada d IPT, 3 bulan Latihan Mengajar)
- berpeluang mengajar di SEKOLAH MENENGAH (bg tajaan KPM)
- berpeluang menjadi tenaga pengajar di KOLEJ KOMUNITI atau POLITEKNIK(bg tajaan KPT)
- Belajar di IPT seperti UPM, UPSI, UMS....

Anda lihat sekarang kan..banyak sangat bezanya..masing2 ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri..terpulang pada anda utk menilai sendiri..tapi yang pasti kedua-dua program ini memberi peluang kepada sesiapa yang mempunyai minat untuk menjadi pendidik walaupun setelah memiliki ijazah yang berlainan..

Program ini memang sangat baik untuk diteruskan walaupun ada beberapa pihak yang kurang bersetuju..bagi mereka yang tidak bersetuju, alasannya adalah kerana tempoh 10 bulan atau setahun adalah tidak cukup untuk menghasilkan seorang guru yang berkualiti..mungkin ada kebenaran pada pernyataan mereka itu..tetapi sebenarnya pelajar2 ini ada kelebihan sendiri..mereka adalah pelajar2 yang telah memperolehi Ijazah..telah mengikuti kursus yang berkaitan untuk tempoh 3 atau 4 tahun..jadi, sudah tentu la mereka mempunyai "content" yang banyak..cuma mereka perlu diajar bagaimana untuk menjadi seorg pendidik atau pensyarah yang berkualiti tinggi..

jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pendidik, boleh mencuba untuk mengikuti program ni...:)

11 comments:

CiK Santai said...

ye, sy ada pendpt mengenai pljr2 dpli n kpli ni...
serta pendpt2 gurubesar2 lain, pengetua n para2 sakura eh para pegawai pendidikan...
tp mls la mau tulis..
huhu...

Sidar S said...

la..klu setakat mo bg tau ada pendpt buat apa?? share la bah..biar org ramai terbuka minda..mesti ada pro n kontra kan..please tulis...:)

CiK Santai said...

mls ku tulis..
jangan paksa2 i..
nanti aku tulis,
telalu pnjg..
bagus buat entry khas utk komen ku tu..
hhahaa.

Sidar S said...

tu la bah maksud ku tu..
jgn tulis di komen ni..menyemak!:p
buat la entry k..
aku sedia menunggu ni..hihi..
amboi, klu dia yg mendesak boleh pl..bikin panas..hihi..

CiK Santai said...

haha,
x sudi la mo buat entry psl topic mu ni... wakakaa..
mls mo type pnjg2...
bikin ngantuk jak... huhu

Anonymous said...

santai selalu said...
ye, sy ada pendpt mengenai pljr2 dpli n kpli ni...
serta pendpt2 gurubesar2 lain, pengetua n para2 sakura eh para pegawai pendidikan...
tp mls la mau tulis..
huhu...

Bagi saya la kan....
Buduhnya tulis mcm ni.... bikin pyscho orang ja. Bagus jangan tulis. Klu mau komen, komen sj la. Bukan org kanal kau. para2 sakura lagi tu, lawak x matang dan x menjadi.. Kalau klu kata malas mau tulis, boleh jalan...!

Anonymous said...

hi Rama-rama Beku,
saya berminat mengikuti DPLI nie... tapi tidak pasti bila tarikh mula permohonan bagi ambilan Jan 2010... Boleh tumpang tanya, adakah tarikh mula permohonan ambilan tahun 2009 sama dengan permohonan KPLI? Ingin tahu sebagai rujukan.... terima kasih Rama-rama.

Yang benar,
Wai Yoke

Sidar S said...

Hye Wai Yoke..
tq 4 asking...
actually tiada tarikh yg tetap utk permohonan ni..
selalu je la rujuk kat surat khabar ek..
tapi biasa2nye tarikh hampir sama je ngn permohonan KPLI..:)

Anonymous said...

hi rama2, DPLI ni ada elaun x? and mcm mana nak tau course apa yg ditawarkan oleh setiap universiti tersebut? adakah setiap IPTA menawarkan kursus yg sama?

Sidar S said...

to anonymous, DPLI ni ade elaun..
same ngn elaun KPLI gak..dlm RM1300..course yg ditawarkan tu sy tak pasti..cuba cek kt tenet or paper..klu kt UPM ade course Sains Pertanian and Sains Rumah Tangga...

kampongirl said...

butterfly...
nak tanye, ms first awk ikot dpli ni btol ke 3months takde elaun...matila cmtu...dpli katne?dpt dok hostel tak?sy dpt julai 2009 intake..but still thinking cmne nak survive 3bln,dpt dok hostel tak?