Saturday, August 4, 2012

Mari Berblog!

Assalamualaikum.

Da 15 ramadhan ek hari ni.Alhamdulillah..tak sedar cepat sangat masa berlalu.alahai.
Bulan ramadhan ni best. Bulan ni la peluang utk dekatkan diri ngn pencipta kita.
Tu pun bg org yg pandai ambil kesempatan la kan.

Tahun ni tahun kedua aku berpuasa ngn encik suami.
Setakat ni belum perna lagi kami berbuka di kedai.
Setakat pegi rumah in law tu ada la.
Walaupun aku nda pandai masak, tp aku cuba juga masak. Alhamdulillah sebab suami pun bukan cerewet orangnya.. makan je apa yg ada dalam mata.
Tahun ni juga kami sependapat. Dua-dua belum ada keinginan mo berbuka di luar aka hotel. Hihi.
Ntah la pula bila akhir2 ramadhan nnt kan..hihi

Alkisahnya semalam suami membeli ketam, sotong dan udang di Pasar Semporna.
Semangat la mo memasak ni. Malangnya bekalan air terputus pula.
Nasib baik ada tangki.tp kat luar rumah la. Dalam sejarah, semalam paling lewat siap masak.
615 ptg masih lg menggoreng nasi.
Nasib baik sempat juga siap sebelum berbuka.
Dan sejarah juga semalam la masa yang paling lama kami ambil utk berbuka. Pukul 7 baru siap makan.hihi. ketam punya pasal.hihi.

Hari ni pula aku bekerja. Jadi pembantu penceramah untuk Kursus Membina Blog.
Asal terlibat ngan kursus blog ni, baru la aku teringat ngn blog ku yang ini.
Sorry dear blog!

Sebenarnya aku tak perna lagi hilang dari dunia blog ni.
Cumanya aku ada 2-3 blog.
Ada 2 yg aku rahsiakan. Haha.
Ntah la. Belum bersedia utk berkongsi..ekekeke.

Walauapapun, semangat berblog tu masih ada.
So, newbie blogger tu semangat2 la juga update ya!

:-)




Friday, April 27, 2012

Saya sebatang Pensel

1. pensel tidak akan berfungsi jika tidak di tangan manusia

2. walau di permukaan apapun ia ditulis, ia akan meninggalkan kesan.

3. walau dipermukaan apapun ia ditulis, ia masih boleh dipadam.

4. apabila mata tumpul atau patah, ia masih boleh diasah.

5. isi yang di dalam membuatkannya hebat.

*Sumber : Seminar Wacana Kerjaya 25 Februari 2006

Thursday, April 19, 2012

Menunggu.

dalam mode menunggu.

apa yang ditunggu?

1. tarikh
2. siapa
3. bajet
4. .....................

bosan!

sangat-sangat.

bole ka amek cuti kecemasan esok??

bosannnnnnnnnnnn.

Wednesday, April 18, 2012

5 minute before 2!

1.55pm..

amek kesempatan jap menghupdate blog ini.
ada sesuatu yang terbuku di hati.
cewah! cam serius banget ni..:p
tapi sebenarnya tak pun.

hurm...

persoalan di sini, perlu ka saya jeles dengan rezeki yang awak perolehi?
itu rezeki awak. ucap la syukur.
saya bukan fikir negatif. mungkin awak bergurau.tp awak mungkin bole berfikir sewajarnya sebelum berkata-kata.

agak terkesan di hati saya sebenarnya.

tapi, biar la.
saya cuma harap rezeki awak melimpahruah lagi selepas ini.alhamdulillah.

ok la bye.

p/s : saya bersyukur dengan rezeki yang saya ada.

Saturday, April 14, 2012

My Sabtu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semangat berblogging menyerang diri ku!
wah! semangat gitu lho..=)
ni semua kesan menjadi pembantu penceramah Kursus Pendek Pembinaan Blog. =)

alhamdulillah. tadi pagi sudah berjaya menjayakan kursus pendek ini.
kali ni kali ketiga aku terlibat sebagai tenaga pengajar untuk kursus bina blog ni.
seronok juga mengajar peserta-peserta yang begitu teruja dan bersemangat untuk bina blog ni.
walaupun kali ini aku cuma menjadi pembantu penceramah, tapi aku rasa sama juga peranannya.
yang penting, ilmu di dada tu mesti cukup sebelum mo ajar orang kan..
aku pun kira sama-sama belajar juga hari ini. ada benda yang aku tak perna explore pun tapi diajar juga hari ini.
sebenarnya, buat blog ni senang ja.yang penting berani explore. try and error jak. hihi.
yang susahnya tu, mo kekalkan semangat untuk berblog.hihihi.

itu kisah di pagi sabtu.

sampai di rumah, ada kejadian yang memenatkan pulak.
kayu yang menampung tangki air patah la pulak. senget jadinya tangki tu. air pulak mula mencurah-curah keluar. cuak la juga mula-mula tu sebab membayangkan kejadian yang lebih teruk. nasib baik penyelamat cepat-cepat datang. =p

sebagai membalas jasa sang penyelamat, aku pun menemankan beliau untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga SAFA di Kompleks Sukan Tawau di antara pasukan MPT dan Kesihatan. Keputusannya, seri. hihihi. Tahniah utk kedua-dua team.

lepas tengok bola, kami gerak balik ke rumah. dalam perjalanan tu, kazenku sms la pulak.dia tanya betul ka McD sudah buka. hihihi. rasa lawak pun ada. kawan kazenku tu main2 cakap mcD sudah buka.sengaja bikin penasaran orang la tu. utk kepastian, kami lalu jalan depan mcD tu. belum pun buka.
sabar la orang-orang Tawau. hihihi.

sampai rumah, selesaikan kerja rumah dan amek kesempatan utk buat entry ni.
what a lovely day!!

p/s : nnt la upload gambar..

Thursday, April 5, 2012

Puteh ku

Assalamualaikum.

baru ja tadi hujan lebat.tp sekarang sudah berhenti. klu hujan lama-lama kan best. mesti sejuk..:)
2 hari lepas Tawau sangat panas.
ingatkan panas berterusan. jadi, aku pun ambil keputusan untuk memandikan si Puteh.
tu pun minta tolong ngn student untuk menghantarkan si Puteh pegi tempat mandi.hihi.
tuan si Puteh rasa malas mo kuar sebab cuaca yang telampau panas.hihihi.

tapi...baru jak lepas si Puteh mandi, cuaca bertukar serta merta. dunia gelap.
nasib baik la hujan tak lebat sangat. si Puteh masih lagi bersinar.

sejak ada teman sebilik ni, si Puteh tu memang la kurang dapat belaian kasih sayang dari aku.
maklumlah, menempuh alam baru kan. walaupun sekarang tak la baru sangat. :p

hari ini sebenarnya birthday Puteh yang ke 2 tahun 2 bulan.
epy bday dear.
nnt ada masa kita pegi mencantikkan diri lagi.
sekarang ni, kita kena sabar ja dulu.
dan kita kena sentiasa berdoa supaya tidak bertembung dengan Pak Polisi @ JPJ.
aku fobia sikit klu ada road block ni.hihi.

hurm..
got to go.
keadaan tidak mengizinkan.

tatatititutu.





Wednesday, April 4, 2012

Quick Update

Assalamualaikum..

sekian lama baru la mendapat aura untuk menulis sesuatu di sini.
rindu. tapi malas. ekekekeke.
malas menulis ja. membaca masih lagi rajin. :)

hurm. hari ini masih lagi sibuk siapkan IDEALISTA.
apa tu Idealista??
jeng jeng jeng...

projek Unit Pengajian Am ni.
tapi macam lebih kepada projek aku ja. nda apa la.. pengalaman semuanya kan.
sekarang ni 90% sudah siap.
10% tu tinggal cover ja mo buat.
tp stuck pula sebab belum ambil gambar dari ICT.hurm...

mo kasi siap projek ni cepat.
sebab banyak lagi kerja yang pending.
klu di senarai hitam  kan boleh sampai 2 muka surat notebook saiz poket keja ku yang pending..:p
konon ja banyak keja.

tadi kan, masa aku tengah khusyuk edit-edit , tiba-tiba Bos no 2 datang. dia kata Bos no 1 ajak lunch together-gether..ekekeke.
eh. tiba-tiba pulak bos-bos ni bah.
next time la ya.ari ini nda bole. ekekeke.

masa rehat sudah ni.
mo pegi rehat.petang karang ada meeting lagi.
malar meeting bah. nda apa la. asalkan bukan menjadi pencatit minit. ekekeke

bah. till we meet again. :)