Tuesday, November 2, 2010

Kalau bukan rezeki

Assalamualaikum..

tetiba aku mengonline kan diri di malam hari. ni ihsan dari kazen aku yang kiut miut tu, Chemi. Tq chemi sebab meminjamkan aku broadband mu ini. ari ni baru try test. tp nnt mo suh Chemi terminate ataupun kurangkan pakejnya ni. sebab nda berbaloi bh rm88 dengan perkhidmatan di Tawau ni. kalau KK ok la juga.

eh. kenapa la crita pasal broadband pula.set induksi yang tidak menarik langsung kan? huhuhu.

bah. isi-isi penting crita aku malam ni berkaitan dengan rezeki.

sama seperti jodoh, rezeki pun Allah yang tentukan kan? tp kita masih boleh berusaha untuk kedua-duanya kan.ak sudah cukup berusaha untuk jodoh dan rezeki. pasal jodoh, tak payah cakap la.memang bukan masanya utk berjodoh lagi.hihi.

tapi, bab rezeki satu ni. baru-baru ni aku berusaha keras untuk rezeki ini. tetapi, di saat-saat akhir, rezeki tu ditarik balik oleh Allah. walaupun status sekarang ni masih pending, tapi ak nda berharap sangat sudah.
mungkin memang itu bukan rezeki aku. mungkin ada rezeki yang lebih bagus kan? Ya ALLAH..tolong la hamba mu ni~

nda pa la. usaha aku sebelum ni aku anggap satu proses belajar untuk aku. banyak lg yg perlu aku baiki. selepas ni, klu mo bermula, kena la bertindak dengan lebih bijak.insyaALLAH..

sedih juga bah sebenarnya. tapi itu hak org. aku sabar ja.
langkah seterusnya, cari la rezeki lain. sama juga jodoh. klu bukan itu jodoh, cari la yang lain.eh.tiba-tiba selitkan jodoh juga.ekekekeke.

bah. selamat bertabah hati cik rerama!!

Yang Terindah

Assalamualaikum..

arini baru menghayati lirik lagu ni.
best oooo..
so meaningfull...i'm touched!

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Jom!

Assalamualaikum~

arini aku bertugas di Kolej Komuniti cawangan Semporna.
ada ka aku crita sebelum2 ni ya? hihihi.aku pun lupa bah.dan malas utk cek entry terdahulu.
semester July ni kira semester kedua aku mengajar di sini.
best juga sesekali kuar dari Tawau.padahal nda sempat cuci mata pn di sini.hihihihi.

aku menaip entry ni di kala menunggu kawan aku, Cik Jaja mengabiskan silibusnya. tinggal 2 mggu lagi oo..kami klu datang sini memang pulun abis-abisan. yala kan.kadang-kadang nda dapat juga datang sini. cam mggu lepas nda datang sbb bz urus porgram di Tawau.
alhamdulillah.abis sudah silibus aku td. penilaian berterusan pn sudah buat semunya.tinggal ak semak jak la.

jam 3 ptg sudah ni. arini konpom lambat balik. klu 330 balik, jam 5 juga la smpi di Tawau.hihihi.mudah-mudahan tiada yang menghalang perjalanan kami nnt.

ish. sebenarnya kan, ak mo crita pasal keinginan ak yang belum tercapai lg bh ni.ekekekeke.
awal tahun ari tu, kami ( ex 5 Yakin) ada plan bh mo buat reunion. kunun mau buat di pulau2 sekitar Semporna ni. klu ikutkan kami mo buat pasa raya haji. klu kira-kira nda lama lg la kan.
tapi, berlaku pl perubahan events. tangguh ke tahun depan.2011. tarikh berubah, tmpt pn berubah.
nda dapat la p pulau2 dekat sini.alaaaaaaa..

teringin bah!!!!
hihihi..

tiba-tiba arini kepingin betul pula mo lari-lari di pantai. pijak2 pasir.aishhhhh...

last pijak pasir masa pegi Batu Feringhi..aiyaaaa...

cuba kamu tgk gmbr2 di bawah ni...

cantik kan???
Pulau Sipadan

kalau ada peluang round-round pulau best juga kan. hihihi.
nnt la aku usahakan.island hoping pn ok bh kan.
tapi bila la tu.bila keinginan memuncak, masa pula tidak mengizinkan.nnt ada kelapangan masa, mungkin duit pl menjadi masalah. ataupun keinginan hilang trus.hahahaha.
bah..tunggu dan lihat ja la bh kan.

insyaALLAH reunion 2011 kami p pulau juga.ekekekeke.

mode : mo nampak benda hijau + biru..supaya mata sihat..=)