Wednesday, October 27, 2010

Pepagi mood sudah melayang~

Assalamualaikum~

Arini Program Karnival Kerjaya di Kolej Komuniti Tawau~

sila la datang~

eh.apa kaitan ngn tajuk?
hurm.pagi pagi sy sudah kena marah ooo..
semua sebab tpon.

argh!

Tuesday, October 26, 2010

Kenapa ramai orang nak kawen selepas raya?

Assalamualaikum~

Lepas raya bebaru ni, ak terima banyak sangat jemputan kawen. 
1 family dan tiga empat org kengkawan kawen.

gambar gambar di bawah ni sekitar majlis kawen Puan Ema dan Puan Mahda.
dua duanya kawan aku.

masa di umah Pn. Ema, sempat lg ak n cik Meng mengusik2 dia. punya nervous mukanya.hihihi
alhamdulillah. selamat juga semuanya.






pas dari majlis Ema, ak lari kejap ke majlis Mahda pula. sebab dua dua majlis ni ak tak dapat kalau malam.
tq Cik Meng sebab temankan aku.hihihi.

hurm.balik kepada persoalan td, napa ya pas raya ja ramai org bekawenan? penat mo raya pn nda abis lg kn. sibuk ja ak ni kn.pedulila org mau kawen bila2 pun.hihihi.

apapun, selamat berbahagia kepada semua yg baru kawen la.

Jangan Menangis Untukku~

Assalamualaikum~


apa ni nanges nanges? nda rock bah kan.hohoho. tajuk lagu bah ja tu. nda tau lagu lama ka baru. tp yg pasti ak baru dengar lagu ni semalam. baru perasan lagu ni ada dalam pendrive. pagi pagi masa besiap mo p keja ak mesti pasang lagu. nda tau napa. nasib baik ak ada speaker yg comel dan bole cucuk pendrive tu. beganti ganti ja tempat pendrive tu. kejap ngn puteh kejap ngn speaker comel. yang penting aku bahagia kan? =)


ok...
cuba tengok lirik lagu ni...




Sekali ku telah berjanji
Tak akan ludah ku telan kembali
Karna ku t'lah memilih
cinta hanyalah satu
'Tuk dirimu

Namun apa yang t'lah kau beri
Memang lidah memang tak bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka
Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku


iya. ni lagu LUVIA. dari Indonesia. malas mo google sapa penyanyi ni. lagu ni cam ala ala nasyid pun ada. hihi. sedih juga la dengar lagu ni. nda tau napa. malas la mo layan sedih sedih ni. banyak lg kerja lain perlu perhatian dari aku.

tapi, kepada sesiapa yang baca ni, aku harap Jangan la menangis untukku~ 
hihihihi.

Friday, October 15, 2010

ReUnion Raya~

Assalamualaikum~

Baru mo update pasal reunion raya tahun ni.
macam biasa la.m*l*s punya pasal.hoho.

seperti tahun2 sebelum ni. sejak tahun 2001 lagi.
tiap tahun bebudak kelas 4/5 Yakin ataupun bebudak SMK Tawau SPM batch 2001 akan buat reunion sekaligus beraya. tp skrg ni cam jd trend pula org buat reunion di hotel-hotel.
kami buat simple jak pun.bukan juga berReunion sangat.dan bukan juga beraya sangat.
maka. jadi la reUnion Raya.ekekeke.

seperti biasa, starting point kami mesti la di umah en.Wawie. kali ni aku datang lambat juga.huhu.ada hal nda dapat dielakkan. maka, untuk mengelakkan aku kena sindir-sindir, maka aku bawa c Nuha. =)
bagus juga budak ni di bawa.belum pandai cakap lagi kan.
makan jak dia mo.

ok.ahli reunion tahun ni cuma ada aku, wawie, ardy, romey n yan.5 org ja kesian.huhu.

Aksi-aksi c Nuha


Dari umah Wawie, kami gerak ke Taman Semarak.umah c Budin. kena jemput p sana. ada ka patut mamak c budin ingt c nuha tu anak ku.wakakaka.adei. jatuh saham i makcik.=p
ops! lupa mo bgtau.di umah wawie makan nasi tomato, ayam goreng mayonis, dan banyak lagi.
di umah c Budin pula makan nasi putih, sayur campur dan ikan besar.punya best!
ada pencuci mulut lagi.
kenyang betul sudah masa ni.alhamdulillah.

Sebelum dan selepas

Lepas dari Taman Semarak, kami teruskan perjalanan ke Taman Tulip pula.
Chemi sudah menanti dengan makanan yang best juga.
makan lagi la nampaknya. =)

Lepas tu, kami p Tg.Batu pulak.umah cik Rina. minum air twister .nyaman!

Pastu kami p Univilla pulak.umah c Erwan.

Kami solat maghrib di Masjid Tg.Batu. lepas tu sambung beraya lagi di dekat-dekat situ juga.umah kawan Romey dan Cik Rina.
cerita punya cerita, rupanya dia ni kawan kepada kawan-kawan aku di kolej.

ish.nda tesusun ni gambar.hahahaha



Lepas dari umah kawan dorg, kami p mengacau penganten baru.cik Asni.eh.silap.Puan Asni.
dia nikah siang tu.tp kami nda la pegi masa dia nikah.
ingatkan mo p masa dia sanding, tp kesian pula c yan. dia nda dapat pegi nnt Asni sanding.
jd, kami p ja la umah Asni.beraya kunun.hihi.

masa ni la gilak-gilak ja keja kami.
mentang-mentang ada pelamin. semua mo amek berkat.hihi.
Aksi-aksi 18PL
Sesi amek berkat~



Giliran siapa lepas ni?

Ni la umah terakhir kami beraya. happening betul tahun ni.walaupun ak jadi mangsa buli, ak redha.hohoho.
bukan buli pun.biasa la dorg ni.
mentang-mentang la aku ja bunga di situ.hohohoho.

lepas dari umah Asni, ak pun antar la dorg ni balek.
terima kasih Puteh atas kerjasama anda.
:)

reunion raya tahun ni sangat best.
hopefully tahun depan bole cam ni lagi.

Thursday, October 14, 2010

Kekasih Gelapku~

Assalamualaikum ~

kenalkan, ni la kekasih gelap ku.
cik Ah namanya.hihi.

aku kenal dia masa pegi Sarawak.
kami jadi housemate, roomate n  bedmate.hohoho.
best!!

memandangkan kami dua-dua jenis pemarah eh peramah, kami cepat serasi la.
banyak ja benda yang bole di jadikan cerita.=)
 sepanjang di Kg.Beradek, memang nda perna berenggang.
sampai org ingat kami lama kenal sudah.
padahal, baru ja kenal di situ.

bersiar-siar di Kg.Beradek. trep-trep artis lagi.



menikmati suasana petang di kampung.nyaman!!

sebelum balik ke Kota Kinabalu, sempat lagi Cik Ah datang jumpa kami di epot. terharu tau!
siap bagi ole-ole lg. luv u cik Ah.=)
hope nnt bole jumpa lagi.insyaALLAH~

di epot Kuching. aku yang sangat gemuk


Cik Ah cakap mo dtg Sabah tahun depan.
harap-harap ada rezeki la utk jumpa kan.
doakan la ya.

Wednesday, October 13, 2010

Hungry for this!!

Assalamualaikum~

Entry ini aku tujukan khas untuk bakal-bakal-bakal-bakal..eh, brapa banyak bakal la~
hohohohoho.
ok.siyes sikit bah! 
entry ini saya dedikasikan khas kepada sesiapa yang mengasihani saya.

i really-really want this!!

salah satu daripada mereka berdua la.
klu dapat dua-dua pn ok juga kan? hohoho.
bday saya yang kedua untuk tahun ni, nda lama lagi. 05.12.2010.
bole la hadiahkan masa tu kan? hohohoho.

ok! enough dengan mukaddimah yang mengarut~ 

ni cerita yang sebenarnya.

aku memang teringin sangat mo ada kamera baru. yang Olympus tu sudah mampus  tidak uptodate langsung.
makanya, aku mencari yang baru.
tadi, secara tidak sengaja telah menggoggle ntah apa.tapi terjumpa la pasal camera digital.
org skrg semua sibuk ngn DSLR. hurm.
aku minat juga tapi mo beli cam nda minat pulak.
kunun mo cari kamera biasa-biasa ja tapi ada ciri-ciri DSLR.asi ka tu?




pilihan pertama aku Canon Powershot S90.camera ni kazen aku pakai.memang best!
simple jak tapi ntah la. memang best la.susah juga mo cakap la.hihihi.
kecik pun kecik.senang mo bawa p mana-mana.
sumbat dalam handbag ataupun sling bag pun bole bah.



Pilihan kedua pulak Sony Alpha Nex 3 @ 5. ni macam DSLR tapi compact.
macam best juga.masih bole sumbat di handbag juga ni.hihi


lagi-lagi yang ini.its PINK la~

alamak.cam best ja.
tiba-tiba teringin sangat memiliki benda ni.
argh!!! damn!

bila bole dapat camera cam ni ya??
i need sponsor.
wakakakaka.
macam artis mo kena sponsor segala.

akan ku usahakan juga. cari kerja part time la cam ni.
insyaALLAH~

mode : kumpul duit la pas ni.

aku mo KURUS !!

Assalamualaikum~

argh!!!!

sakit kepala sekarang ni. malar ja sakit kepala bah.napa juga ni?
kebanyakan fikir kali kan.
nda tau la apa juga difikir bah..

tapi..
tengok gambar di bawah ni kan, tambah sakit kepala pulak pl.
yalah.telampau fikir sudah cm mana mo jadi cm ni balik.hahahaha.

susahnya ni~


kurus kan? ekekekeke.
padahal kan, masa ni ak fikir diriku gemuk.
nah..jadi skrg ni apa la sudah?
telampau gemuk sudah.
tapi jiran aku aka akak meja sebelah cakap, masa ni belum mantap.sekarang baru mantap! wakakakaka.
gilak eh.
adei.tambah sakit kepala ku bah..

penat eh. 
nda tau juga la apa aku penat kan ni.
penat jadi malas kali..

wake up cik rama-rama beku!!
masa utk bertransformasi~

hohohohohoho.
insyaALLAH~

Monday, October 11, 2010

Belum sampai seru lagi di usia 26 tahun!


Assalamualaikum~
Ni kisah benar. usia ku sudah 26 tahun  tahun 2010. tahun 2011, 27 tahun , 2012, 28 tahun.tua ka? nda bah kan.muda remaja lagi. kunun!
aku akui memang usia 25-26 ni ramai sudah org berfikir untuk tinggalkan zaman bujang. ramai sudah serius fikir untuk bina keluarga. dulu aku perna juga seserius itu. tapi, belum sampai seru agaknya kan.hihihi. sabar ja la..

ni artikel aku kena tag di FB. Mengapa lambat bertemu jodoh. memang kena la ngan diriku.hihi

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? 
Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? MenurutDato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

p/s : bila baca artikel ni, betul juga kan. tapi benda ni semua dari ALLAH. kalau betul ada jodoh, ada juga nnt kan.yang penting sabar ja. =)

Isnin Biru

Assalamualaikum..

Selamat hari isnin.permulaan hari untuk minggu ni.
arini, macam biasa, aku sampai awal di kolej. jadi org pertama sampai di bilik staf pun perkara biasa sudah.
arini aku semangat sikit. sikit ja la.

sampai ja di mejaku, letak barang semuanya. trus buka fruitheart kesayangan ku ni.
memaksa diri untuk mengingat balik apa yang patut aku buat.
sudah tentu la LAPORAN LATIHAN INDUSTRI.
aku kan pensyarah pembimbing.

ak trus cari pendrive. yg ni kali kedua sudah student ni antar.
tapi kan..hurm.susah juga mo cakap.
yang penting, trus kepala aku sakit. serius. nda tipu ni.

pas semak kejap, ak trun ke hub PSH. ada samosa & kek coklat.
rupanya aku perlukan GULA.hihihihi.sudah makan, baru ok2 sikit kepala.

sekejap lagi aku ada kelas. persediaan utk kelas sudah buat juga.
harap-harap semuanya ok jak la.

bah.selamat menempuh ari isnin yang mulia ni ya.~

Friday, October 8, 2010

Menanti Cinta ku


Assalamualaikum~
ni lagi satu OST Ketika Cinta Bertasbih yang aku suka.
i like the words..=)

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah (cinta) dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ihklaskan semua nasib cintaku
Pada-Mu....

Haram bila jatuh cinta~

Assalamualaikum~

ni lagu Melly Goeslow.
OST Ketika Cinta Bertasbih.
semalam baru tengok.feel la juga.hahaha.

layan ~


Haram-Haramkah Aku
Bila Hatiku Jatuh Cinta
Tuhan Pegangi Hatiku
Biar aku Tak Jadi Melanggar
aku Cinta Pada Dirinya
 
Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Ada Padaku
aku Bukan Tuhan
 
Haram-Haramkah Aku
Bila aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi dan Langit Berantakan
 
aku Tetap Ingin Dirinya
Tak Mungkin aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin
 
aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar aku Sepi aku Hampa aku Basi
Tuhan Sayang Aku
 
aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atas Ijinnya
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri aku Cinta
ku Menanti Cinta



Thursday, October 7, 2010

Salam Aidilfitri yang terlewat~

Assalamualaikum~

okey.akui memang ak tiada entry utk puasa dan raya tahun ni.melampau betul kn? hohohoho.
nasib baik ak tersedar pada 28 Syawal 1431H ni.hihihi

better late than never kan? hihihi.

raya 1 dan 2 aku beraya di Ulu Kalumpang. bersama family terchenta. 
tiada apa yang menarik.raya 1st tu ak duduk umah ja.melayan nafsu perut.hihi.
raya ke2 baru la kuar beraya.bukan calang-calang pulak tu.ni semua adik ak punya idea.
kami pegi beraya di Lahad Datu. bukan di bandar tu. tapi di Jeroco. aku rasa klu trus ke Sandakan, sampai juga. punya penat~
tapi, pengalaman baru semuanya..=)

raya ke3 baru ak turun tawau. 

raya ke4 baru la ak berpeluang beraya. 
umah pertama yg aku pegi, umah Baya.best!!

wajah-wajah ceria di umah Baya

pas dari umah Baya, kami meneruskan sesi ziarah menziarah ke Kg.Titingan. pegi makcik.
yang bestnya kami dihidangkan dengan Berobbok. walaweiiiiiiiiii~
punya sedap!! ngn sambal belacan yang superb pedas lagi...
(cepat telan liur)

berobbok + buras

raya ke 5 pulak ak beraya ngn kengkawan di kolej. 
malam tu pula,ak beraya di umah kawan sekolah dulu.Puan Andang.
kiranya ni mini reunion la.sebab ada juga kengkawan yang lain.=)

budak kecik yang merajuk + Puan Andang + Cik Syaz, Puan Masniah + En.Wawie

Raya ke 6 pulak, ak pegi umah mr.J. jumpa la ngn kazen-kazen yang sangat comel ni.rindu pula ngn budak-budak ni bah.yang paling kecik pn nda takut sdh ngn org.hihihi....


raya seterusnya aku beraya juga. nnt la ak crita k~

Wednesday, October 6, 2010

Bye Bye Penang~

Assalamualaikum~

okey.ni entry terakhir pasal cuti-cuti KL - Penang saya ya.pasni ndada sudah.btul ni.nda tipu punya.hihihi.

last day kami abiskan masa yang tersisa dengan shopping-shopping lagi. sempat lg g Queensbay Mall.
petang sikit kami g Batu Feringghi. 
baru la ak tau cm mana rupa paras BF ni. memang tempat wajib pegi kalau datang Penang ni.hihi.

kami lepak-lepak ja di tepi pantai.tengok org main jet ski, banana boat n payung terjun.best.teringin pula mo main payung terjun tu. hurm.next time la!

ada juga kuda. klu nk pusing-pusing bersama kuda tu, bayar rm30.utk 2 org naik.mau juga tapi teda kawan.c wawa terlalu kecik.jd, nda dapat la.huhu


pas tu dorang beria-ria mo naik banana boat tu.ak mau jugak!! ngam sudah tu utk 5 orang.ngam-ngam mo p naik benda tu, ada la pulak suara menangis.dia nk ikut juga.alahai.budak kecik ni.terpaksa la ak tidak menjoinkan diri.huhuhu.rugi! nda pa la nak.demimu..aunty ikut jak...=)

 gambar-gambar disekitar pantai~

main-main ditepi pantai ja la.tengok dorg naek banana boat ja dari jauh.uwaa!!

kami beransur pulang dari BF dalam jam 6 lebih.singgah solat di masjid dekat-dekat situ.
pas semua selesai, kami merentas jambatan Pulau Pinang pula. sampai seberang sana, patah balik pula.hahaha.saja capaikan hasrat makcik..

pastu, antar dorg yg lain balik hotel.ak, adek, big bos n azri pegi pulak cari makan.
saja mo try Nasi Kandar Beratur.tp boys saja la beratur.ak n big bos duduk-duduk jak.hihi.

alhamdulillah.merasa juga nasi kandar beratur ni.sedap. tapi bukan selera aku sangat la.hihi

 nasi kandar

malam tu tdo lambat sebab kemas barang.=)
yeah! masa utk balik umah.

pagi-pagi lagi bangun. siap-siap utk pegi epot...
masa ni la pulangkan c puteh kawan aku.mr.romey. ala.tiada pula ak crita pasal romey ni kan.hurm.
dipendekkan crita, masa di Penang ni, mr.romey ni pinjamkan kami c puteh dia.terima kasih banyak-banyak ya mr.romey.=)

sempat juga kami sarapan di mcD epot Penang. best! kena belanja lagi..=)


ujan lebat pagi tu.delay juga la flite kami p KL. tp masih sempat utk flite ke tawau.=)

sempat juga round-round di KLIA.beli twiggies banyak-banyak..best!

sampai di Tawau sudah petang.penat!

apapun, thanx a lot kepada big bos atas tajaan percutian ini.=)

tu saja la critanya. tammat...=)

Finally! Its ur day~

 Assalamualaikum~

akhirnya sampai juga ke objektif utama percutian kali ni.
iaitu : Konvokesyen kazen ku, c Azri.

nasib baik baju aku sempat siap.tudung pun baru ya. beg pun baru.kasut pun baru. eh.serba baru ya? hihihi.tidak lupa juga contact lense baru.ekekekeke.serba serbi baru.orang ja nda baru.=p

konvo c azri sesi petang.jd, pagi tu kami masih bole rehat2.
lepas zohor, baru kami gerak ke USM. 

 orang yang mo konvo ni pun serba baru bah.
 btw, aku suka sangat baju aku ni.kain cotton murah ja.=)

yang masuk dewan, makcik aku n Chena. jadi, ak, big bos, adek n wawa tggu di luar.best juga. sempat p makan yong tau fu. n shopping-shopping lagi. aku beli kain cotton lagi di sini ya.=)

pas graduan kuar dewan~aku paling suka part c wawa bagi unclenya adiah konvo.=)

pas dorg kuar dewan, mula la sesi photo shoot.kunun la.padahal penat menunggu sudah. ak melayan c wawa juga.dua kali dia beli belon tu ya. dua kali juga terbang.hahahaha.ciannya.


akhirnya, masa untuk balik hotel. c azri pun lega sudah.dia kata ringan trus kepalanya. napa ak tiada rasa cm tu ar masa konvo? hahahahaha. biasa-biasa ja ak rasa. dua kali ak konvo pun cam tu juga. =)

apapun, tahniah para graduan USM.belated wish.

sempat juga cuci mata tgk graduan-graduan ensem.ekekekeke