Friday, July 23, 2010

Tak berfaedah Langsung!

Salamalaik~

semalam aku buat kerja tak berfaedah langsung!
hahahahaha.
rasa cam bongok bijak pulak.yelah. sepatutnya masa yg ada tu buat la kerja-kerja berfaedah sikit kan.
contohnya , membaca buku ke, mengaji Al-Quran ke, membuat nota ke..apa2 yg berfaedah la kan.
ni tak, masa yg senggang tu la masa untuk main game.
klu kejap, takpe gak.
ni meleret sampai pukul 2 pagi.hohoho.

apa nk jd la ni kn?
tak senonoh betul la.

ish ish ish...
janji pasni tak main lgi la. 
eh..bukan.janji pasni tak main smpi jam 2 - 3 pagi.
hihihihihi.

p/s : nasib bek ada sumber caffeine yang hilangkan ngantuk tp membuatkan badan beranging jek

Monday, July 19, 2010

B O N D E N G

Salamalaik~

Alhamdulillah. Arini sampai juga puasa ku..bukan puasa ganti pun. puasa ganti sudah berjaya aku abiskan masa bulan Syawal lg.Alhamdulillah.kali ni puasa sunat bulan Syaaban.selain untuk dapat pahala, niat di hati ingin membuang sedikit lemak2 hasil dari memakan burger Spicy Chicken Mc Deluxe yang melampau sejak 2 bulan lepas.
serius! badan rasa cam penuh ngn buger tu jak.hahahahaha.
bukan burger tu jak, ada Cheese cake, ada Kenny Rogers, ada udang, pokoknya ada macam2 la.

masa makan tu, tak hengat dunia.bantai jak.lepas beberapa bulan, sudah nampak hasil. lemak di sana sini.hahaha.

tapi, aku timbang berat badan, masih di paras yg normal lg. blum OVER WEIGHT lagi.tapi, tetap juga rasa nda selesa ooo..

lagi-lagi bila jumpa org yg lama nda jumpa, teda lain yg dorg cakap kecuali
"eh..gemuk sudah ko! "

argh! B****K bah. cam teda kata-kata hinaan pujian lain yang mo dicakap.huhuhuhu.

cam mana mo kurus ar? jogging? aerobick? skipping? swimming?
ndei~  kontrol makan ja la dulu.
ada org kata putus cinta la kalau mo kurus.hahahaha.

klu putus cinta, bukan lagi2 kuat makan ka? hihihihi.

apapun, berat ku masih dalam zon selamat.bulan depan puasa juga sudah.insyaALLAH ada perubahan juga tu kali. hihihi.
persetan peduli la ngn cakap-cakap org. sebab aku makan pun hasil titik peluh aku juga kn?

bah. biar la bondeng asal sihat~



Wednesday, July 14, 2010

Pertemuan kedua

Salamalaik~

18- 23 June yang lepas aku g Sarawak. best dapat peluang jenjalan di negeri orang. pasal apa aku g sana, nnt la aku crita.
kali ni mo cerita pasal pertemuan aku ngan kak Ezan.

sapa Kak Ezan?
kak ezan ni roomate aku  masa kursus induksi umum & khusus di Vistana Hotel. 2 minggu kami menjadi teman sebilik. kongsi bilik air. kongsi almari. konsi hanger..kongsi apa lg ek kak ezan?hihihihi

ni pemandangan Waterfront di kala malam~

memang superb best dapat rumet cm kak ezan. sempoi jek. aktiviti utama dia di kala rehat adalah memerah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu walaupun jauh~ hihihi..

jadi, semasa aku di Kuching, mesti la tak mau lepaskan peluang untuk bertemu memadu kasih ngn kak ezan.
Alhamdulillah, malam 22hb tu dapat juga jumpa. bukan ngn kak ezan je, sekali ngn family keciknya.=)

aiman tak kisah aunty amek gambar pun~ 

malam tu kak ezan bersama hubby nya, c kakak Husna n c adek Aiman. 
mula-mula tu kami g Waterfront. minum2 je kat sana.
harus la sembang2 juga kan. mengimbas kenangan lalu.hihi

me wif kak ezan + dua budak comey~

sangat hepy dapat jumpa kak ezan~
tak sangka boleh jumpa lagi.
yalah kan. nk harap ak g Kuching ni ngn duit sendiri, tggu ak jual c Puteh dulu la.
bila ada peluang cm ni, memang nk jumpa ngn semua kawan2 yg ada di Kuching.
tapi apakan daya, masa membatasi segalanya~

mcDonalds lagi?? hahahaha

kak Ezan ni tau2 je ak ni suka makan di McD.hahaha.
lepas lepak2 kt Waterfront, kak ezan pn membawa diriku ku mcD.
ada tempat untuk Husna main2 lagi. 
makan2 dan sembang2!
best~

i miss our moment di Vistana la Kak ezan.
miss our moment stadi sama2 ngn faezah.
miss our moment g shopping di kala org lain tgh study.
miss our moment sahur mcD~

hope we still keep in touch ek akak.
datang Sabah nnt bagi tau k.
sayang kak Ezan..
=)

Tuesday, July 13, 2010

Award dari Kak Myna~

Salamalaik~


i've got an AWARD!
~BESTEST BLOG~


cewah.rasa cam artis pulak.hihihi.
ops! sy benci jadi artis yang penuh dengan kontroversi~

 award ni diberikan oleh rakan sekerja ku yang tinggi-tingginya pun sama ngn aku. nk juga kata ada org sama rendah tinggi ngn aku kan.hihihi.

disebalik award ini, ada task yg kena disiapkan.

1. Anda mesti memuji si pemberi Award
eh.did i mention her name oredy? not yet bah kan.hihi. award ni diberi oleh kak Myna.
kak myna ni baik orangnya.suka tolong orang. peramah. 
ak ingt lagi mula2 ak kenal dia masa ak diarahkan untuk buat memo oleh mantan KJKK. blur ak time tu.
nasib bek kak myna buat sama2 ngn aku.thank you kak! 
pastu kak myna ni perna temankan ak bemalam di umah. kami perna kuar buka puasa sama2.
aku pn perna gak tdo di umahnya. 
kak myna pandai masak! tomyam yang dia masak best~ 
bila lagi mo rasa tomyam akak tu ya? hihihi.
kak myna ni boleh juga jadi pendengar yang setia.apa2 masalah boleh curahkan ngn dia.hihi.
walaupun kak myna ni kecik, tapi kak myna ni aktif orangnya~
kami sama-sama main futsal n bola jaring.
kak myna ni bukan org tawau.tp klu ckap, kdg2 bole anggp dia tu irg tawau juga.hihi.
erm..pa lg ya? 
pendek kata, kak myna ni baik la~~

Sila bagi award ni kepada 10 bloggers yang lain.
~ Dayah
~ Jaja
~ Ustazah
~ Kak Rini
~ hadi
~ Mudin
~ Syaz
~ Eni
~ Kak Rahma
~ Ain

Anda mesti memberitahu kepada 10 bloggers tadi.
ok. if dorg baca blog ni, dorg tau la tu kan~

Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best,great.
sesungguhnya, ak rasa blog ak ni sangat biasa bg org lain.
tp utk diri aku sendiri, blog ak ni sangat best sebab disini aku himpunkan semua crita-crita suka duka aku bergelar manusia.hehehehe~

Monday, July 12, 2010

Do i need new environment?

Salamalaik~

jam sudah menunjukkan jam 11 malam. patutnya ak perlu tdo sudah masa ni. tapi liat pulak mata ni.
cm mana nda liat klu lappy belum tutup lagi.
jap lagi la ak tutup..

esok hari pendaftaran student baru untuk intake July 2010..kali ni dgr2 memang ramai student. SKS jak mau buka smpi 3 kelas.huhu. STE & SAU 2 kelas..tapi kali ni ada transformasi yang berlaku. tiada lg program sepenuh masa untuk STE & SAU. semua bertukar ke sijil modular kebangsaan~
agak memeningkan juga sistem baru ni.walaupun, ak masih belum terlibat ngn modular, tp ak risau juga masa depan ku.cewah~~ tiba2 pl serius.hihihi.

malas la cerita pasal transformasi. siapa la ak untuk bercerita pasal itu.
tggu la bila sudah jelas n nyata, ada juga pihak berwajib terangkan tu..

sebenarnya, ak terfikir td petang pasal persekitaran kerja..
dulu masa stadi, ada sorg kawan bg tau, dunia kerja ni berbeza ngn dunia belajar. masa tu dgr acuh tak acuh jak.yalah kn.malas mo fikir.juz enjoy life as student.

tapi...bila stat LI..baru la ak tau apa tu dunia kerja~
macam biasa la kan.ada hasad dengki, iri hati, kaki ampu.semua ada.
ada org yg di depan suka kita tp di belakang crita bukan2.
ada org cam nda suka kita tp sebenarnya baik ati.
ada org yg suka kita tapi nda boleh di layan sangat.
ada org yg langsung nda peduli kita.

hurm...macam2 ragam manusia..macam-macam berlaku di dunia ni.
klu tiada semua sifat-sifat mazmumah tu, mesti la dunia ni aman makmur kan.

orang, bila sudah sekali sakit ati, selamanya sakit ati kali kan.
mungkin ak pn cam tu.susah mo terima bila org yang ak nda suka tiba2 berbuat baik ngan ak.
tapi, walau nda suka macam mana pn, nda mo la kacau hidup org kan.
masalahnya, ada orang nda pandai puas ati.
yg tiada kaitan ngn dirinya pn mo di kasi kait.
nampak sangat mo jadi batu api. batu api la bah namanya tu kan membuat orang lain fikir bukan2 pasal kita.

bah.malas mo merepek.bukan org lain faham pun.
cukup la ak sendiri sedar diri.sekian terima kasih~

McD

Salamalaik~

entry kali ni masih lagi berkisar pasal makan.hihi.
tu menandakan aku ni kuat makan.
seminggu di KK, 5 kali ak melantak McD.
lepas gian ka apa.ak pn nda tau.mentang2 la lama nda jumpa mcD.kesian kan~

masa ni aku kuar ngn cik Meng n adik2nya~
sebelum tgk wayang kami makan di Mcd..mo cepat jak.
takut lambat pl kan...

aku yang malu-malu kunun.

burger kegemaranku.spicy chicken mc deluxe..yummy~

Mc Donald~ ak pn nda pasti bila sebenarnya ak sangat minat ngn mcD ni. 5 tahun ak di tempat yang ada mcD merata-rata,tp nda juga ak kegilaan ngn mcD. 
tp bila sudah tiada mcD depan mata, baru la mencari-cari.hihi


burger ku lagi..

yang ni pulak Mega Mac. 4 layer oo dagingnya.nasib la ku bukan peminat daging.hihi.ni kawan sekerja ak yang makan ni.

the fries..love it so much.tp banyak kolesterol! hahaha..
teringt pl time di KLIA satu ketika dulu. makan berdua. 2 fries juga.tp rasa nda cukup jak.so, beli lagi satu large fries..baru puas ati.hihi.

ni pulak last meal yang ak makan.bubur ayam mcD...sebelum balik tawau sempat lg p makan di mcD.smpi muak sdh kazen n kawan2 ak teman.hahahaha..sabar la kamu ya~

baru-baru ni ada p KK juga. 01 july hingga 04 july..
sempat juga 3x melantak di mcD.ngengenge..
eh, sebelum tu, sempat melantak 1x di epot Kuching.hahaha

badan aku sekarang ni penuh ngn mcD.
nda juga menyesal sebab makanan bah tu kan.
apapun, ak cuba la kasi buang sikit demi sikit mcd yang ada dalam badan ni.
tp bulan 8 ni cm p makan mcD lagi.
aiyaaaa!!!

Secret Recipe will be opening soon at Tawau


Salamalaik~~

buat pengetahuan readers yang di luar Tawau,
secret Recipe belum ada lagi di Tawau.
bukan jak SR teda, McD, kenny Rogers, Burger King pn teda tau.
yang ada cuma KFC n Pizza Hut.
tp kalau makanan lain tu banyak la.hihihi

akhir2 ni ada la juga ak dengar kunun2 SR mo dibuka di Tawau.
hepy ka ak?
hahahahahaha..
ntah la juga.
bgs juga la kali.at least betambah lg pilihan tmpt makan.

masa di Kota Kinabalu (17-22 mei) sempat juga la ak p SR.
tu pun kawan ak yg bawa..
masa tu kami kuar bertiga.ak,cik Moon & En.Wawi.



kami tgk wayang Shrek masa tu.best!! ketawa jak dalam sana tu.hihi
pas tgk wayang cik Moon ajak minum2.kami p la SR.


bole jadi model SR ka ni?hahahaha.nda la ya.nda kepingin pn~


masing2 menghayati kek tu.sedap sgt ka?hihi

ok la makan di SR ni.
cuma kena sedia duit yang banyak la.hihi.

Kami la peserta-peserta kursus Akuakultur 17-21Mei 2010


Salamalaik~

untuk terakhir kalinya ak update pasal kursus akuakultur..

ni gambar2 masa ari terakhir.

dalam tempoh seminggu selain belajar banyak pasal hidupan akuatik, ak juga dapat kawan-kawan baru.serata Malaysia.dapat akak-akak housemate yang best. sangat best.
alhamdulillah~


sesungguhnya ukhuwah itu indah~




hope lepas ni ada lagi kursus sambungan..amin~

DAY 5 AQ~Water Quality Management~





DAY 4 AQ~ Pathology + Aquaculture Muzeum~






sangat seronok bila dapat balik ke makmal~huhu. rindu zaman belajar~~ p/s: gmbr di muzium tu sgt banyak.hihi

DAY 3 AQ ~Food Nutrition

Salamalaik~~

masih lagi berkisar di hari ketiga kursus.
sebelah pagi tu kami buat penetasan artemia
sebelah petang pl, kami buat makanan ikan.
walapun sudah kena demo masa di hatceri, belajar lagi balik.
yg ini lebih detail.
sebab di ajar sdh ramuan2 dan sukatan bahan-bahan tu.

layan gambar jak la~~








masih ada gambar yg nda ikut susunan.huhu.
tp nda pa la.
proses yg last tu la pengeringan di oven.
sebenarnya yg ajar kami buat makanan ni, c Bella.students master yang kami tolong ari tu.hihi.
malu2 juga dia mengajar kami.
its ok bh Bella. =)

buat makanan ikan pn salah satu potensti yang boleh dimajukan kan?

DAY 3 AQ ~ Artemia salina

Salamalaik~

kursus bersambung lagi.no more sport attire~
kali ni di makmal pl.belajar pasal zooplankton n phytoplankton.
pening ooooooo..


ni artemi bawah mikroskop.







gambar-gambar di atas ni masa amali buat penetasan artemia. proses yg detail, ak nda ingat sudah.huhu
p/s: artemia ni makanan pertama untuk anak-anak ikan~

DAY 2 AQ~~Sport attire

Salamalaik~

Kursus bersambung ke hari kedua~
sebelum ari pertama tu abis, ada la pesanan penaja.kami di suruh pakai pakaian sukan.haha.
malangnya, ak nda bawa pn kasut sukan.
untuk mengelakkan kasut formal aku rosak, maka, malam tu juga ak cari selipar di 1Borneo.
sampai terlepas peluang main bowling ooo...huhuhuhu...
ndapa la..asal dapat selipar. kunun mo beli Crocs tp teda yg bekenan pl.mahal pl tu.maka. beli Atlanta pn jadi la.hahaha.

okey..sambung kursus ari kedua.

ari kedua ni teda lecture.terus p hatceri jak.
ingtkan mo buat apa la kan.
rupanya kena bg kepada beberapa kumpulan n berpasang-pasangan.


ni la hatceri tu.besar~~


Kerapu Harimau~


Giant Groupers

sebelum ak teruskan, ak mo bg tau ni.gambar2 ni nda ikut susunan pn.
batcat ak mo kasi pindah2 gambar.pandai tehilang pl.mo upload satu hal pl.sama juga mo susun balik kan.
jadi, biar ja la begini.huhuhu.


masa ni abis sudah praktikal.kami teda buat apa2. tggu minum petang jak. kami round2 la di hatceri tu.
tejumpa pl student master. Bella namanya. kami sembang2 la. sempat juga bantu dia bg makanan. yg lucunya tu dia sangka kami ni student.hihihi.muda remaja bh lg kan.=p



yang ni pulak masa praktikal. dapat tengok ikan-ikan dengan lebih dekat.ak begambar di tangki ikan kerapu gergasi. berat ikan ni ada yg smpi 70kg. besar punya!!! kalah oo berat ak.silap2 ak pn bole dia makan.hahaha.


posing dulu! hahaha.sempat lagi bah.masa ni tengok2 ikan jak.

para photographer~ hihihihi

splashing! ikan2 mengamuk oo..bikin takut~ huhuhu

subhanaALLAH~~cantik oo ikan2 ni. 

sebenarnya masa petang tu, kami buat aktiviti. ak bepartner ngn sorg akak ni.(lupa sudah ak namanya)
kami ngn partner2 yg lain di suruh kasi makan ikan.
ndada amek gambar sebab tangan kotor.hihi.
peraturan masa bg makan ikan:
1. jangan sekali2 cuci tangan di tangki.nnt tangan hilang.haha
2. kena tgk ikan makan smpi kenyang.untuk elakkan pembaziran makanan.

okay.disebabkan gambar nda tesusun.kamu maafkan ja la entry ni ya.
yg ni sebenarnya aktiviti masa pagi.
buat pellet makanan..


yang ni la gambar makanan ikan yg lembap.bukan kering~



para RA tgh demo buat makanan ikan~

ni trash fish...

seharian tu di hatceri jak.
basah-basah tapi best~~