Monday, July 27, 2009

Award



Awrd ni dikasik oleh Kak Rahma..
tq akak..

(rasa mcm perna dpt awrd ni..ka perasaan jak?? apapun, gembira juga dpt awrd lg)

blog sdh makin sepi.
nnt la ak hangatkan blog ni lg k..

sebelum tu, korg yg menjengah blog ni,sila la amek awrd ni jugak.
anugerah Tuhan kita share ramai2..=)

k..

take care my dear readers..

Friday, July 24, 2009

touch

OMG~~

rasa mo nanges.terharu.touch.

sebab......

sebab ada org panggil Sis...hihi..

dunno y, tp really touch.

Tq dayah and Kak Rahma..

for dayah, mesti la ak as elder Sis.
for Kak Rahma, younger sis la kn..

sukanya.hepy.
sebab terasa ada sibling perempuan.haha.perasan jak ak ni kn.

poyo betul.

-end-

Monday, July 20, 2009

Resah Tanpa Kamu

Sayang
aku tahu
kita tak banyak bicara
kau jauh disana
ku menyimpan tanya

sayang
aku tahu
kita tak banyak bertemu
namun hanya kamu
yang ada di hati

jangan sampai kau lukai hatiku
aku resah lalui waktu tanpamu
jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu… percayalah…

sayang aku mau kita
‘kan slalu menyatu
walau kadang rindu
menyiksa batinku

sayang aku mau
jangan pernah kau meragu
walau aku jauh
hatiku untukmu

jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu… percayalah…

mode : saja2

Saturday, July 18, 2009

:: Sabtu ::

salam....

alamak..baby Fyan tgh nanges skrg ni..huhu..sedihnya jugak..cm kena dera..baby Fyan ni anak Ustazah..first time jugak jumpa Fyan ari ni..kebetulan ramai pl yg dtg ber'kampung' di Kolej ari ni..hihi.

ada 3 kursus pendek ari ni. 2 kursus microsoft excell dan 1 kelas English.
dlm kelas English tu jumpa la pl kawan sekolah menengah dulu. Cikgu Andang Andayani..jeles tgk dia kurus.hihi..ak juga yg "gendut"..hihi..

tp smpt jumpa c Ann kejap jak.sbb ada kerja bh..menolong c Fred memfotostat buku program.hihi.
ari ni pl last day c Fred di Tawau.lps ni dia bertugas di Kolej Komuniti Cawangan Semporna. skrg kolej komuniti Tawau ada cawangan Semporna sdh.sapa2 org Semporna boleh la minta belajar di sana.minta kerja pn boleh.sbb masih kurg lg staf sana tu. sana ada 1 course jak buat masa ni. Sijil Pengembaraan dan Pelancongan. sesuai la di sana kn.sbb ada bnyk pulau2 cantik.
bila la agaknya ada peluang p pulau2 tu?huhu...

erm..tu jak la story ari ni.
nnt la ada story menarik, ak update lg.

tp mggu dpn cam bz jak.
budak2 br mendaftar kn.
hope semuanya ok..=)

Friday, July 17, 2009

~~aku ingin menjadi perempuan ini


Jadilah perempuan yang mampu menggoncang dunia walau hanya dengan air mata.

" Kiranya dia bahagia apabila membuang diriku dari hidupnya, maka biarlah dia bahagia..biar la dia bahagia dengan apa yang dipilih kerana aku percaya, apa yang telah dia pilih itulah yang akan membuatkan dirinya bahagia. maka, kiranya dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya itu, aku tetap akan memaksa diriku untuk bahagia dengan keadaannya itu walaupun hakikat yang sebenarnya ak terpaksa menderita. biar la aku paksakan kebahagiaan untuk diriku walaupun hatiku tidak pernah mahu bahagia semenjak dia tiada."

"Mungkin kau belum kenal lagi erti cinta sejati. Cinta yang tidak menjadikan kita menuntut apa-apa daripada orang yang kita cintai.cinta yang tidak memberi ruang kepada kita untuk memikirkan diri sendiri. cinta yang walaupun hanya mampu membuatkan kita menangis, tetapi kita reda dengannya. itulah cintaku!


"perasaan itu hak kita. yang kita tak perlu bayar untuk merasakannya. yang boleh kita rasakan pada sesiapa pun yang kita nak."

lagi petikan dari novel Mencari cinta..

ak sangat suka ngn novel ni..crita yg menarik..sad ending..tp hepy jugak..:)

Monday, July 13, 2009

dengarlah wahai wanita akhir zaman~~

"Lelaki bagi perempuan adalah tempat untuk bernaung. Tempat utk berteduh dari segala kejahatan dunia. dan untuk pilih tmpt perteduhan itu, kita tak perlu memilih hanya pokok yang berwarna warni. tak hanya perlu pilih pokok yang berbunga atau berbuah lebat. kita perlukan pokok yang kuat dan rendang. kekuatan dari sudut keimanan dan rendang dari sudut kemuliaan akhlak. kalau diperhatikan, semua pokok yang cantik, yg mengeluarkan bunga yg cantik, tak mampu dijadikan tmpt berteduh. hanya utk hiasan semata. suami bukan hanya utk hiasan mata semata. tapi suami adalah tmpt kita mengisi hati dgn cinta. itulah rasa tenteram. dan jgn dikesali andai kita terlepas dr pokok yg berbunga indah itu. kerana itu menunjukkan Allah akan membawa kita bertemu dengan pokok yang lebih rendang.


"Kita perempuan. pandang ke langit yang luas..seluas itu la hasrat kita pada kehidupan ini. terlalu banyak. tapi, jgn pernah ingkari diri kita perempuan. ada kecacatan dan kelembutan. ada kelemahan dalam ketabahan. kita lah itu. cuma, sebagai perempuan muslim, yg membezakan kita dgn perempuan lain ialah bukan pd nafsunya. fitrah perempuan sama. tak kira bangsa, tak kira agama. yang istimewanya kita ialah, kita adalah perempuan yang bernaung di bawah agama yang memuliakan fitrah. bukan yg menyongsangkan ataupun yg membunuh fitrah itu. cuma, untuk mendapatkan kemuliaan itu, kita perlu berkorban. dan kesabaran kita dlm menanti itu adalah kemuliaan juga.kemuliaan yg org lain tak mampu lihat dgn mata kasar. kita yang merasa dan ALLAH yang akan membalasnya."


"Bahagia itu rumahnya dalam hati kita. Apa yang Allah bg, itulah utk kita. klu tidak ada, biarlah kita reda. mungkin ada yg lain da Dia sediakan untuk kita"


" samada lelaki atau perempuan, semuanya penuh kepuraan. Apa kau ingat kita ni dah cukup baik untuk mengatakan semua lelaki tak baik? kebaikan itu bukan hanya perlu kita cari dalam diri orang lain. ia harus kita bentuk dalam diri kita sendiri. Aku kira tak mudah menjadi manusia yang betul2 baik di akhir zaman ini.Apalg untuk menjadi seorang perempuan yang baik. tak mudah menjadi perempuan akhir zaman yang beriman. tak semudah yang difikirkan akal juga tak semudah yang diharapkan jiwa. kita sebagai perempuan akhir zaman perlu menjaga maruah diri, seperti menjaga duri di hati. tersalah meletakkannya pd tempt yg tak patut, ia akan menikam diri kita sendiri. dek kerana ramai perempuan yg rosak jiwanya itu lah maka ramai lelaki menjadi rosak jiwanya."



ZAINAB - Mencari Cinta

~ Jahitan manik

Salam...

ari ni aku nk perkenalkan jahitan manik yang sangat menarik perhatian ku..
diulangi, perhatian ku..
bukan perhatian org lain..
aku ndak kisah pn org lain ndak perhatikan benda ni menarik atau tidak
ada ku kisah?? =p



sebenarnya ni manik2 yang dijahit di atas baju ku..
baju ku pulak tu..mestilah aku kata manik ni menarik perhatian ku kn?
cantek bah......ndak tipu..memang cantek..ni aku cakap la..hihi

aku sebenarnya baru mula minat2 ngn manik ni..
sebelum ni malas aku tengok baju ada manik2..
dlm ati ckp, mesti mo jaga bagus2 ni..
takut manik tu teburai..biasa la..aku ni kira ganas juga memakai barang.
prinsip aku, pakai sampai hancur..*kunun*

sebenarnya, (eh, 3 kali sdh tulis "sebenarnya")...
baju ni kunun dijahit untuk dipakai semasa konvokesyen nnt..
sangat puas hati ngn jahitan akak tukang jahit tu.
jahitan maniknya pn kemas.
menepati citarasa ku la..simple jak pn..

tapi, ada masalah sikit bah..
sikit ka??banyak..............

baju ni sempit sikit.uwaa......
salah aku juga time ukur tu..
aku cakap, "kak, kasi ketat2 ya.."
sekali siap, mmg ketat gilak..
ngam2 di badan..
wakakaka..

boleh la di pakai..
tp aku tau mesti ada yang ndak suka..haha..
so, sebelum kena marah, mesti buat sesuatu ngn baju itu..=)

mode : ala..baju cantek pn tertutup ngn jubah juga..hihi

Sunday, July 12, 2009

Kesetiaan


"Mana ada lelaki yg SETIA dalam dunia ni?
mereka hanya nakkan kita sebagai perempuan. mereka memilih.
kerana aku seorang perempuan yg cantik, maka aku la yg akan menjadi pilihan pertama.
klu mereka tak dpt aku, mereka akan cari pilihan kedua. yg kurang cantik drpd aku.
klu tak dpt juga, mereka akan cari lg..hinggalah mereka jumpa dgn yg nakkan mereka.
dan kalaulah aku ni ditakdirkan sebegai perempaun yang tak berapa cantik, yg akhirnya menjadi pilihan yg terakhir itu, perlukah aku kata lelaki tu adalah lelaki yg SETIA?
Memang, mereka mengatakan cinta dan rindu serta kasih yg tak bertepi pd kita,
kerana mereka tak dpt yg lebih cantik drpd kita.
kerana mereka tak dpt yg paling cantik drpd kita.
kerana mereka tak dpt yg paling cantik dan yg cantik2 itu.
klu dpt, adakah kau fikir mereka akan jatuhkan maruah mereka utk mengatakan mereka cinta pada perempuan terakhir dlm senarai mereka itu?
adakah itu yg dikatakan SETIA?
lepas dah dpt kita, yg kononnya kitalah perempuan yg paling mereka cintai di dunia,
tiba2 mereka bertemu pula dgn yg lebih drpd kita,
dan kebetulan org tu juga mahukan mereka, adakah mereka akan tetap SETIA pada kita tanpa terlintas untuk menduakan kita?
adakah itu juga dikatakan SETIA?


Sabrina- Mencari Cinta- Zaharah Muhammad


" Bila seorang lelaki memilih seorang perempuan lepas mengalami rasa kecewa dan kejatuhan,
tu tak bermakna perempuan itu memiliki nilai yg rendah di matanya.
permata yg asli tak berkilau di jalanan.
ia berkilau di dalam hati.
dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg mampu menerangi hati seorang lelaki dengan kilauannya itu.
bukan hanya berkilau di mata.
sy percaya disebalik peranan seorang perempuan yg da menjatuhkan seorang lelaki, pasti ada seorang perempuan disebaliknya yg akan membangunkan semula lelaki itu.
sayalah yg jatuh itu, dan awklah yg akan membangunkan sy."


Zairi - Mencari Cinta- Zaharah Muhammad

Saturday, July 11, 2009

Ujian + Dugaan = Sabar

" Memang dunia ini tidak pernah adil!
Orang yang pernah mengaku cinta yang teramat kepada kita pun tidak mampu berlaku adil kepada kita, inikan pula orang lain yang entah siapa-siapa.
Keadilan itu hanya ada kepada Allah.
Tidak akan mampu aku dapatkan keadilan itu daripada manusia.
Kerana fitrahnya manusia susah untuk faham.
Apalagi untuk menerima dengan tabah semua ketentuan TUHAN.
Sesungguhnya manusia itu selalu tidak sabar.
Sebab itulah manusia sering diuji kerana ujian itu ditimpakan untuk mendidik mereka supaya belajar untuk bersabar."

petikan daripada novel Mencari Kekasih-Zaharah Muhammad

jangan tinggalkan aku di rumah berseorangan!


uwaaaaaaaaaaaaaa

sangat takut tinggal sorg2 kt umah..
walaupun jiran tetangga ramai.
tapi ketakutan masih tak boleh diatasi..

sebab...

bila duk umah sorg2, mula la asyek nanges
nanges..nanges..nanges...

ops! tipu jek..
apa kejadahnya la asyik nanges je kan?
teda faedahnya..hihi...

sebenarnya sangat takut duk umah sorg2 sebab...
sebab...

KALAU DUK UMAH SORANG2,
AKU ASYIK NAK MAKAN JEK!


huhu..benci la ngn keadaan masa tu..
kaki ni asyik ke dapur je..
buka refrigerator..
goreng keropok la..
goreng nasi..
buat sup sayur la.

ish..mengadanya la perut..time tu jugak asyik lapar je..

pelik betul.
masa tiada org ni la ak rajin ke dapur..
try test masak itu ini..
klu ada org, jangan harap ak nk g dapur tu.
jeling2 dapur pn ak malas.
jeling nk bersihkan tu ada la..
tp klu nk masak, jgn harap.

sindrom apa kah ini??

ish..tak boleh ni duk umah sorg2..
ada sapa2 nk temankn ak?? =p



mode : sangat hebat rasa diri bila sarapan roti gulung BPC sahaja tp sangat tahan smpi lunch utk keesokan harinya..hebat ko kata?? nasib baik cepat2 mkn sbb ada tanda2 encik gastrik mo menyerang.huh!

Friday, July 10, 2009

Kejutan di hari Jumaat

hurmmmmmmmmm

penat~~~

ari ni keja luar biasa..bukan cam biasa..hihi...
pagi td everything is ok..
tenet jak la masalah sikit..
lepas tu ada salah faham pasal barang2 di makmal sains.
ingatkan kena kira..rupanya list down barang apa yg mo ditambah jak.ekekeke..
terlebih rajin pl mo kira stok..dulu keja di Pet*****, benda paling dielakkan adalah mengira stok..hihi..

after kelas kerohanian, eh...ak ndak perna cerita lg pasal ni kan..
tiap jumaat kami ada kelas..
Usrah la kiranya..
td bincang pasal aurat..
cam tak cukup jak masa tadi..bnyk lg sebenarnya mo ditanya..
tp kaum Adam kn mo p solat Jumaat..
so, tangguh lagi la utk mggu hadapan. InsyaAllah..

okay..balik pada crita asal...

lepas kelas, duk la di meja masing2..menghadap buah ati masing2...

tiba2...

jeng jeng jeng...

c Sab ni dpt la panggilan telefon..
Kak Liza(admin) minta tolong hantar barang p Semporna..
mula2 tak mo temankan Sab sbb ada hal yg menanti.
tp cian pl dia teda kawan..
so, decide la mo temankan..dengan harapan dapat balik awal.bajet p Semporna pn 1 jam jak..
sekali mo pegi, Jaja + Fara pn join jugak..
ramai2 best la jugak kn..

perjalanan yg disangka 1 jam jadi 1 jam setengah.
sebab jammed di kawasan pekan tu..
sebenarnya ada majlis Taklimat Pengoperasian Kolej Komuniti Cawangan Semporna..
dibuat di hotel SeaFest..depan hotel ni laut..pening kepala hidu bau laut tu..uwek.

lepas mission accomplished, g ronda2 pula..
g la Floating..
lepas tu round2 di pekan.cari makan.


dekat pkl 5 baru gerak balik Tawau..
haha...sedih!
tapi pasrah..

around 7 pm br la smpi umah..
sepanjang jalan tu, sakit tengkuk yg teramat sgt..
rasa cm mo baring jak...

balik umah, ada kejadian yg mengejutkan
but, think positive
ari ni memang bnyk fikir positif la..hihi..

tiba2 rasa cm bukan diri sendiri..=p

erm..
ni pn cepat2 online sbb ada hal yg ndak setel mo disetelkan.

esok hujung minggu..
ada plan mo buat.
hope semuanya menjadi.

peace~~

mode : sdh tertulis ari ni memang teda rezeki mo berjumpa dengan dia.sowi~~

Si Mata Sepet

salam..~~~

erm..cuba korg tgk baby ni..
cute kan??
cam anak jipun jak..

si mata sepet

baby ni aku jumpa masa majlis kawen kazen di Merotai..mom baby ni klu tak silap aku,pangkat mak saudara ngn aku.sebab bapa dia adek beradek ngn nenek aku.means, mom baby ni kazen my mom.and baby ni my kazen la kan? wah.bebelit ayat aku.yg penting korg faham sdh la.=p

aku suka tgk baby ni.
comel,cute,chubby.
badan dia klu pegang pn best.
cam nk gigit jek.
cuba korg tengok sendiri.



see my tough body.=p


betul kn?
cam nk gigit2 je lengan dia tu.hihi
ada sebab lain juga aku suka tgk baby ni..
sebabnya, ada yg kata cm ni la muka aku time baby.haha.
iye ke ni??
aku layankan je la..
=)
mode : nnt baby aku pn mesti chubby2 jugak..nge nge nge...

Thursday, July 9, 2009

L4 K14 Reunion

ndak sabar mo tunggu bulan 8 ni..

sebab ada plan cantek punya..

REUNION

1. Reunion DPLIans
2. Reunion BSP
3. Reunion L4 Kolej 14

dan ak paling ndak sabar mo p reunion L4..
setakat ni ahli2 semua setuju.
Lynn, Ema, Kak Uzie, Fiza, Raihan, Niar and mama Farie
plan mo jumpa 8hb tu..
tdo sama2 di umah farie..hihi..

mesti bnyk crita mo di share ni..

argh!
sangat la ndak sabar..

mode : lebih excited mo reunion drpd konvo..=p



Alas kaki

salam...
amaran! entry ni merepek sahaja.=p
heels yg hancur semasa dipakai menjelajah Rainforest Discovery Center..*sakit ati*

kasut pertama dan terakhir dibeli semasa praktikal di KKMT.Status: rosak. *sedih*


kasut pertama dibeli semenjak keja di KKTS.Status: sihat walafiat. *naseb baek*


ni la antara kasut2 dan sandal yg pernah ku ada..
klu ikut nafsu, memang rasa ndak perna cukup jak kasut2 tu.
ak rasa ak jd mcm ni selepas bekerja.
alahai.
ak buat entry ni sebab, ak mo ingatkan diri sendiri, jangan membazir!

dulu zaman belajar, ak ndak kisah pn cam mana keadaan alas kaki.
selagi masih boleh diguna, guna jak.
cukup setakat ada sepasang kasut g ladang, kasut g makmal,kasut g kuliah, selipar toilet, sandal bejalan.
tu cukup sdh.

tp skrg, kasut keja ada beberapa.sandal bejalan pn ada beberapa.
alahai.
insaf la.
ndak bagus membazir.


mode : membazir amalan syaitan...



Monday, July 6, 2009

Kerisauan yang membunuh pembuluh darah

salam...

argh!!!!!!!!!!!!!

ak tengah risau ni...
risau sangat2...
cm nak nanges pn ada.
tp klu ak nanges, sah2 diketawakan..
tp klu ndak nanges, ati takkan lega..

uwaa. (nanges kejap..) *tipu*
wek..ndak nanges pn...=p

tp siyes, mmg ak risau..
cm ak ndak mo berjauhan ngn encik Lappy and Encik Asus Digi ni.
mereka ni ibarat aur dengan tebing..
apa maksud peribahasa "ibarat aur dengan tebing"?

mo tau? cari la sendiri.=p

erm...
risaunya!!!!!!!!!!!

risau bh ni ngn Barn Buddy..
game di facebook ni.
sebelum ni, ndak ku mo main game ni.
sbb ku tau, klu ak sdh terjebak, nahas jadinya.
begini la jadinya ni.

ari jumaat ak stat main.
pandai pl sdh "mencuri".wakaka..
terpaksa bh utk menyara hidup.haha.
maafkan ak ya kepada sesiapa yg ku curi tanamannya..
tp ak pn sebenarnya mangsa kecurian.uwaa.

ni la bh yg ak risau.
risau klu tanaman ku kena curi. :(
penat tu mo menunggu dia berbuah.
jangan la bh curi..
kesian la ngan ak..

uwaa.

mode : diam2 jak ku main Barn Buddy ni..klu rmi org tau, ligat pl dorg mencuri nnt.haha

Pemain Cinta

pagi2 dtg ofis trus teringat mo search 2 lagu ni..
dgr lagu2 ni masa tgk drama Kahwin Kontrak tu la..hihi..

jom layan lagu ni..=)

Sunday, July 5, 2009

Kahwin Kontrak

Semalam menghabiskan masa dengan menonton tv.
berseorangan.
cuma bertemankan hp yg sunyi sepi dan bantal2 dan selimut.

mula2 tgk Buletin Utama.
kemudian, Majalah 3.
haha.lawak la tgk muka org dulu2.Mahadir Lokman yg maih kurus.
smlm crita pasal TV3.25 tahun TV3.sebaya ngn ak pulak.

lepas tu, jam 10 tengok Cerekarama.
lama da sebenarnya ak ndak layan cerekarama ni.
so, crita semalam pasal Kahwin Kontrak.ka tajuk dia Cinta KOntrak?
erm.lupa.tp yg pasti ada kaitan ngn kontrak2 la.
cm crita Korea la pulak.ada kontrak2.hihi.



hero crita tu c Fahrin.cam lain pulak ku tgk muka dia.cm tak hensem.haha.
heroin pl c Fasha Sandha.cute pl dia berambut pendek.

critanya pasal c Fahrin ni kena paksa kawen.umur sdh 35.
mamanya la bising2 sebab dia tak kawen2.mamanya ingatkan dia GAY.wakaka.
sebenarnya dia takut kawen sbb dia takut pompuan akan kuasai hidupnya.
cm parentsnya la.dia tgk bapanya cam tak ble buat keputusan.
ikut cakap mamanya jak.dia tak mau jd cm tu.
mamanya cbuk2 mo kasi kawen dia ngn sepupunya.

kebetulan, c Fasha ni pl baru kematian mamanya.
dia perlukan loan utk teruskan cafe mamanya.dia p minta loan ngn c Fahrin.
situ la dorg jumpa.
situ la jd cerita.

satu org dipaksa kawen.satu lg perlukan loan.
so, tolong menolong la kunun.

tapi, last2 ndak jadi dorg kawen.

kecewa la c Fasha.sbb rupanya dia suka dgn Fahrin.
bila masa dia jatuh cinta, ak pn ndak tau.wakaka.

babak last tu, c Fasha kena ragut.siap kena tikam lagi.huhu.
jahat gilak peragut tu.cam drug addict juga.

c Fahrin dpt tau.sedih la dia tgk c Fasha sakit.adek c Fasha pl bagitau yg c Fasha suka dia sebnrnya.
suspen juga mula2 situ.sangka mati c Fasha.
tp, last2 kawen juga dorg.bukan kawen kontrak la.
kawen btul2 yg teda kontrak.hihi.

akhirnya, c Fahrin seronok juga kawen.
memang apa yg dia takutkn tu jadi, tp dia tak kisah sdh.

haha.
ada jugak org takut mo kawen sbb tu ek?

mode : klu pompuan takut nk kawen sbb apa pl ek??

Saturday, July 4, 2009

Pernah ka kau merasa hampa?


semalam tdo around 3.00am.
sebelum tdo, sempat lagi kacau org tgh tdo.
dengan harapan, boleh membangkitkan org tu dr mimpi ngeri.
tapi, ak yang mengacau tu la mimpi ngeri yg sebenar2nya.
memandangkan respon yg sgt sedikit,off kan ja la talian tu.
better drpd sakit ati sendiri kn.haha.

tdo. tdo. tdo. tdo. tdo.
5.45am. wake up. wake up.wake up.
bangun utk mengejutkan org yg patut bangun jak.
7.00am. tdo. tdo. tdo. tdo.
nikmatnya tdo di ari sabtu.haha.

cuti.bosan.cuti.bosan.
bosan sangat sabtu ni.
tp tak juga berharap ari ni ari keja.
so, layankan jek kebosanan itu.

sekadar gambar hiasan


playlist ni pn ntah brapa kali sdh repeat.
encik lappy kn br sihat.
bnyk lagu ak da buang.pedulik.
lagu2 yg ada ni pun blum mampu ak hafal semuanya.
gilak ka mo hafal lagu?teda keja betul.:p

sambil dengar lagu, basuh baju.
tengah2 perah baju, baru rasa cam kurang tenaga sedikit.
patut la.
perut tak diisi lagi.
walaupun hanya dengan seteguk air.
oh! rupanya ak sedang membiasakan diri utk berpuasa.tipu.

cuaca ari ni panas. sangat panas.
untuk mengelakkan kadar melanin bertambah, maka, elok la menghabiskan masa di umah saja.
padahal teda kawan mo kuar.kesian.

erm.
bosan.
org jauh di sana tu sibuk mencantikkan umah.
umah di sini cm tongkang pecah.wakaka.

untuk mengelakkan WW III, jom buat hal memasing.=)

mode : pandai2 la layan diri sendiri utk isi kebosanan.

Friday, July 3, 2009

Mata yang degiL

salam..

mata belum mo tutup lg ni..padahal biasanya jam2 begini sdh hanyut ni..
hanyut ke mana la juga?=p..
tau2 jak la kn..esok cuti..tu la mata pn degil..hihi..

td ada jemputan ke majlis "makan2" umah ex-KJKK..napa ex? sbb skrg beliau sdh naik pangkat jd Pengarah KK Cawangan Semporna..tp difahamkan td, majlis tu utk anknya yg further study..dgr2 di Pahang..UMP kali..Wallahualam jugak...

sekali lagi, kami berempat, ak, fara, jaja and Sab (staf yg sama2 baru), tersalah tema la pulak..cam mo ketawak sampai teguling gondes jak td..lucu mengenangkan nasib kami ni..selalu salah tema..alahai...ndak tau la apa masalahnya..
ari tu masalah salah faham..mlm ni salah kefahaman..haha..sama la jugak tu..tp ndak pa la..ndak kisah pn..=)



kenyang eh mkn di sana td..wpun ak ndak amek nasi..muak ak tgk nasi..haha..ka diet ni??wakaka..teda maknanya mo berdiet..td ada kuih jala..best..kek coklat pn ada..masa makan tu sempat juga sembang2 ngn wife penulis Blog Si Rahmat..hihi..sebelum ni pernah jumpa, tapi ndak smpt sembang2..hihi..kali ni baru dpt sembang2..nice tu meet you Kak Zack..=) (cam la dia baca blog ak..tp klu Rahmat baca pn, smpikn slm ak ngn Kak Zack and Taufiq ek..=p)

malam ni cam mo mengarut jak..ndak tau juga mo cerita pa ni..


pas dari umah En.Rashid tu, trus balik..erm..baru tau juga rupanya sebelah umah en.Rashid tu umah kwn baik mr.J..haha..senang la nnt raya mo diserbu tu umah..haha..

sampai umah around 9.15pm..awl masih bh..klu tau, p karaoke dulu.wakaka..td pn ada gurau2 ckp mo p karaoke, ada pl yg ingt serius..wakaka..gilak eh..ndak la ku tau mana karaoke di Tawau ni..hihi..

smpi2 umah, tgk ada tetamu..la..rupanya kawan sekolah rendah ak..after tukar baju, kuar la sembang2..dia ni kazen kepada isteri kazen ak..kami sembang2 pasal hal sekolah dulu..kwn2 lama yg ndak perna jumpa..mula2 tu cam ndak ingt jak sapa kwn2 dulu..sembang punya sembang, stat sdh ingt..rindu pl ngn kwn2 sekolah rendah..kwn2 dan musuh2..wakaka...kecik2 pn sdh ada musuh ka??

jam 10+, dorg pn balik..ak masuk bilik jenguk hp..ada mesej..kol no tu..tp no respon..erm..tdo la sdh encik Cikgu tu..biasala..esok mo eskul lg kn..huhu..

disebabkan, mata yg degil ini, maka, ak pn berdating la ngn encik Lappy...maka, terhasil la juga entry yang ntah apa2 ni..hihi....


mode: cam tak mau berenti menaip ni..cam mana ni?=p

Which one is YOU?

1. Orang yang BerIMAN

2. Orang ISLAM

3. Orang FASIKH

4. Orang MUNAFIK

5. Orang2 yang SYIRIK

mode : renung2kan la..di mana letaknya diri kita???

Wednesday, July 1, 2009

Mengalah bukan bererti Kalah

erm.....

i will keep this words...


bila kita mengalah, itu tidak bermakna kita seorang yang kalah..
mungkin kita telah bertindak lebih bijak..
betul kan??

apapun tanggapan orang, biar lah...

mode : siapa makan cili dia rasa pedas..